Sorting by

×

Ekonomi di Melaka akan kembali pulih – KM

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

SERI NEGERI 10 Jan – Kerajaan negeri menjangkakan ekonomi Melaka pada tahun ini kembali pulih selaras dengan tema ‘Kecekapan Pelaksanaan Demi Kemakmuran Negeri Melaka’ tahun 2022.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata pencapaian itu dapat direalisasikan atas kerjasama semua penjawat awam yang telah membantu negeri ini.

Katanya, sebagaimana diungkapkan dalam ucapan amanat terdahulu, kerajaan negeri mahu semua pihak terutama penjawat awam mengamalkan kecekapan dalam pelaksanaan tahun ini bagi memastikan ekonomi negeri pulih.

“Terima kasih kepada penjawat awam yang mencapai sasaran yang telah ditetapkan sepeti tersedia di dalam Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) 2035.

“Kita dah mula gerakkan sepertimana dalam bajet kita bentangkan tahun 2021, sehingga kini separuh daripada itu telah kita capai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2022 di Auditorium Seri Negeri, hari ini.

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali ketika hadir ke Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Ujarnya, berharap semua penjawat awam di negeri ini dapat melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin seperti tema ditetapkan tahun ini.

“Amanat ini meliputi aspek pemantau tentang program-program sosio ekonomi rakyat pengurusan pandemik dan bencana banjir,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

987
Kongsi :
Previous post Anak teruja kembali ke sekolah
Next post Melaka mohon projek tebatan banjir di Sungai Putat, Durian Tunggal
Ubah saiz-+=