‘Abang Viva’ jadi tetamu istimewa Majlis Amanat Tahun Baharu 2022
SERI NEGERI 10 Jan – ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar, 29 dijemput menjadi tetamu istimewa dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 di Auditorium Seri Negeri, hari ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dalam ucapannya merakamkan penghargaan di atas jasa dan pengorbanan ‘Abang Viva’ dalam menjadi sukarelawan membantu mangsa banjir di beberapa kawasan, baru-baru ini.
“Hati saya tersentuh apabila beliau (Abang Viva) pergi membantu dengan menaiki kereta Viva dan bot di atas bumbung dengan hanya berbekalkan RM50 sahaja.
“Ayuh berikan tepukan semangat kepada Abang Viva,” katanya.
Dalam majlis itu juga, Sulaiman telah menyampaikan sumbangan kepada Azwan berupa cenderahati di atas kesungguhannya membantu rakyat yang terkesan dengan musibah banjir.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘UJIAN ALLAH, KUATKAN IKATAN KASIH KAMI’
AYER KEROH 19 Disember - Ujian yang dilalui ketika ini tidak sesekali menjadi satu bebanan buat Nurlidaini Jaafar, 38, sebaliknya...
PTPTN MELAKA DEKATI MAJIKAN
AYER KEROH 19 Disember - Sejumlah 128 majikan di Melaka tampil bekerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
HADIAH PENAT LELAH WARGA PPSPM
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Penat lelah dan kerja keras warga Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dalam merancakkan...
PPSPM TAMBAH DUA LOKASI BAHARU ‘RIVER CRUISE’ TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan menambah dua lagi lokasi...
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...