Sorting by

×

2022 tahun kecekapan pelaksanaan – KM

Masa Membaca:40 Saat

SERI NEGERI 10 Jan – Tahun 2022 ditetapkan sebagai tahun kecekapan pelaksanaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata, oleh sebab itu tema amanat tahun baharu 2022 mengangkap tema ‘Kecekapan Pelaksanaan Demi Kemakmuran Negeri Melaka’.

“Kecekapan pelaksanaan itu meliputi aspek pemantauan, misalnya program-program peningkatan sosio ekonomi rakyat seperti pengurusan pandemik, pengurusan bencana dan sebagainya.

“Seterusnya aspek pemulihan ekonomi dan pencapaian prestasi serta petunjuk prestasi utama (KPI) serta sasaran kerangka kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 di Auditorium Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2417
Kongsi :
Previous post 93.2 peratus populasi Melaka lengkap vaksin
Next post Sektor pertanian meningkat 3.7 peratus – KM
Ubah saiz-+=