
Banjir: 341 mangsa masih berkampung di PPS Jasin
MELAKA 9 Jan – Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Jasin tidak banyak berubah setakat jam 8 pagi hari ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rambai menempatkan mangsa paling ramai iaitu 241 mangsa daripada 69 keluarga.
Katanya, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu menempatkan 55 mangsa daripada 11 keluarga.
“Manakala PPS SK Seri Mendapat menempatkan 45 mangsa daripada 11 keluarga.
“Ia menjadikan jumlah keseluruhan magsa banjir berkurangan kepada 341 mangsa membabitkan 69 keluarga berbanding, 369 mangsa daripada 99 keluarga pada jam 8 malam semalam,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...