Banjir: 373 mangsa di Melaka masih belum dapat pulang ke rumah
AYER KEROH 8 Jan – Seramai 373 mangsa banjir di negeri ini masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS).
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah itu direkodkan pihaknya sehingga jam 12 tengah hari ini dan menunjukkan penurunan berbanding 389 pada jam 8 pagi tadi.
Beliau berkata, daerah Jasin merekodkan mangsa tertinggi masih di PPS dengan 369 orang manakala empat mangsa dari Alor Gajah.
“Tiga PPS di Jasin yang masih dibuka adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, SK Seri Mendapat dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai.
“Manakala di Alor Gajah hanya satu PPS masih dibuka iaitu di SK Belimbing Dalam yang menempatkan empat mangsa dari satu keluarga.
“Di Melaka Tengah pula, kesemua PPS yang dibuka sebelum ini sudah ditutup sepenuhnya sejak Khamis,” katanya.
Menurutnya, Jasin juga masih mencatatkan kawasan terjejas paling banyak dengan empat kawasan dan di Alor Gajah hanya Kampung Belimbing Dalam yang masih terjejas.
“Kampung yang masih terjejas adalah di Kampung Parit Penghulu Benteng, Kampung Lanchang, Kampung Tersusun Rambai Jaya dan Kampung Parit Putat Benteng,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LEBIH 1,400 KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN BABIT LORI DALAM TEMPOH 6 TAHUN
KUALA LUMPUR, 28 Dis – Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019...
MOHAMAD RUSLI DILANTIK KETUA POLIS DAERAH JASIN BAHARU
JASIN 28 Disember - Bekas Superintendan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Pencegahan Gangsterism, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit...
BIASISWA MAIM BANTU FARAH NABIHA BERGELAR DOKTOR
BANDA HILIR 28 Disember - Meskipun berdepan kesukaran kerana kekangan kewangan namun ia bukan penghalang untuk wanita cekal ini mengubah...
7 PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN MPAG SEPANJANG 2024
ALOR GAJAH 28 Disember - Majlis Perbandaran Alor Gajah menutup tirai tahun 2024 dengan tujuh kejayaan membanggakan. Yang Dipertua MPAG...
SENI MINIATUR PAPAR KEHIDUPAN KOTA MELAKA ABAD KE-15
BANDA HILIR 28 Disember - Lebih 30 seni miniatur yang memaparkan elemen sejarah, budaya dan tradisi Melaka dipamerkan kepada orang...
‘POCKET EVENT’ MENARA TAMING SARI GAMIT LEBIH 1,000 PENGUNJUNG
BANDAR HILIR 28 Disember - Program 'Pocket Event 2024' anjuran Menara Taming Sari berjaya menarik perhatian lebih 1,000 pengunjung. Beberapa...