
Kupon parkir masih boleh digunakan – MPHTJ
AYER KEROH 7 Jan – “Ianya tiada isu, kupon masih boleh digunakan tetapi perlu ditukar kepada kupon baharu,” itu penjelasan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kekeliruan mengatakan kupon parkir gores yang dikeluarkan pada 2021 tidak boleh digunakan lagi pada tahun ini.
Menurut Shadan, kupon parkir yang dikeluarkan pada 2021 tidak boleh digunakan lagi pada tahun ini susulan pertukaran syarikat pengendalian kepada syarikat baharu iaitu Syntax Valley Parking (SVP) (M) Sdn Bhd.
Katanya, kendalian parkir di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) namun ia diswastakan dan apabila berlaku pertukaran syarikat, kupon parkir yang digunakan juga bertukar.
“Kepada yang sudah beli kupon lama mereka boleh datang kepada syarikat SVP itu untuk penukaran kepada kupon parkir baharu.
“Kupon lama memang tidak sah dan tidak boleh digunakan lagi tetapi apabila pemegang itu sudah menukar kepada kupon baharu ianya boleh dipakai dan tiada masalah,” katanya.
Shadan berkata, penukaran kupon parkir itu boleh dibuat oleh pemegang atau pemilik kupon di syarikat SVP atau pondok jualan dengan membawa bersama kupon lama.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...