Pelajar Kolej Komuniti Melaka bantu baik pulih kenderaan mangsa banjir
MELAKA 5 Jan – Atas dasar keprihatinan di atas musibah yang berlaku, Kolej Komuniti Melaka telah menjalankan misi bantuan pasca banjir ke Pahang, baru-baru ini.
Program yang disertai Pasukan Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BriSK) dan Pasukan Institusi Pertahanan Awam Kolej Komuniti Melaka (PISPA) itu menggerakkan seramai 22 staf dan pelajar kolej berkenaan dalam menggerakkan misi bantuan ke beberapa kampung di sekitar Pahang.
Pelepasan bagi misi bantuan itu telah disempurnakan Pengarah Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka Muhammad Sani Che Idris bersama-sama Pengarah Kolej Komuniti Jasin Mohamad Nazri Ismail.
Menariknya, Kolej Komuniti Bukit Beruang turut membawa kepakaran pelajar dan pensyarah dalam bidang Sijil Servis Kenderaan Ringan.
Kepakaran itu digunakan bagi membaik pulih kenderaan mangsa yang ditenggelami air akibat banjir.
Pada masa sama, misi bantuan itu turut bergerak ke Kolej Komuniti Bentong bagi menyalurkan sumbangan barangan keperluan asas seperti makanan, kit kebersihan dan makanan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MPHTJ ‘CABUT’ PAPAN IKLAN TIDAK BELESEN
AYER KEROH 17 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerusi Jabatan Perlesenan menurunkan 15 unit papan tanda haram...
MAIM CAKNA PENDIDIKAN ANAK ASNAF
AYER KEROH 17 Disember - Umat Islam di negeri ini diminta supaya ambil tahu dan cakna mengenai anak asnaf dalam...
SENI KEPIMPINAN BERI NILAI TAMBAH KECEMERLANGAN MAHASISWA
LENDU 16 Disember - Aspek kepimpinan dilihat amat penting bagi membantu meningkatkan kecemerlangan mahasiswa dalam memberi nilai tambah 'soft skill'....
POLIS BURU LELAKI INDONESIA DISYAKI TERLIBAT KES BUNUH RAKAN SENEGARA
MUKAH 16 Disember - Polis memburu seorang lelaki Indonesia yang disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian rakan senegaranya...
MELAKA JEMPUT UITM SERTAI SUKARELAWAN WTD 2025
LENDU 16 Disember - Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menjemput Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka untuk menjadi...
GEMPA BUMI LEMAH LANDA RANAU
KOTA KINABALU 16 Disember - Gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau, pada 2.56 petang...