
Melaka kekal status Zon Hijau
AYER KEROH 10 Ogos – Negeri Melaka setakat semalam merupakan hari ke-27 mengekalkan status Zon Negeri Hijau atau #GreenState yang mencatatkan sifar kes.
Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, pencapaian tersebut tidak mungkin
dicapai andai tiada hubungan erat dan sinergi antara rakyat dan Kerajaan Negeri Melaka.
“Hubungan kukuh dan erat antara rakyat dan kerajaan negeri, pemimpin sesama pemimpin akhirnya berjaya membuahkan hasil yang positif di negeri ini.
“Meskipun kita masih belum menang sepenuhnya dalam perang bagi membendung wabak
COVID-19 ini, tetapi Alhamdulillah, kita mampu kekalkan status Zon Negeri Hijau,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka Bil 8/2020 & Majlis Pelancaran Kempen Pembudayaan Norma Baharu Peringkat Negeri Melaka di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.
Views:
Related

Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...