
60 petugas DBKL, PPj ke Melaka, Johor untuk misi bantuan banjir – Shahidan
KUALA LUMPUR, 4 Jan – Seramai 60 petugas daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) telah dihantar ke Segamat, Johor serta Melaka bagi misi bantuan banjir.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kesemua petugas telah berada di dua negeri berkenaan sejak semalam selain Pusat Kawalan Operasi Banjir bagi menyelaras dan mengatur gerak kerja bersama pasukan pengurusan bencana daerah dan negeri, turut dibuka.
“Bagi misi di Segamat, DBKL menggerakkan sebuah bot besar, dua buah kenderaan pacuan empat roda (4×4), dua van dan lima lori.
“Untuk misi di Melaka, PPj menggerakkan enam buah pacuan 4×4, sebuah lori, beberapa buah bot kecil selain peralatan pembersihan seperti 15 unit ‘water jet’, tiga ‘water pump’ dan tiga hos biru,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata selain daripada operasi membantu, menyelamat dan membersih di kawasan terjejas bencana, bantuan bakul makanan turut akan diedarkan kepada keluarga yang terlibat.
Shahidan berkata jumlah sukarelawan daripada pelbagai agensi di bawah kementeriannya juga akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan keadaan semasa.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...