Sorting by

×

Banjir: Sungai Kesang yang jernih kehijauan kini bertukar ‘teh tarik’

Masa Membaca:48 Saat

SUNGAI RAMBAI 3 Jan – Sungai Kesang, di sini yang dahulunya pernah menjadi tular ekoran warna airnya yang jernih kini telah bertukar menjadi keruh.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di sungai tersebut mendapati sungai itu berubah wajah seakan ‘teh tarik’ susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Limpahan air dari sungai negeri jiran yang membawa keladak dan lumpur dipercayai mengubah pemandangan di sungai berkenaan.

Sebelum ini, Sungai Kesang pernah menjadi tumpuan ramai ekoran air sungainya yang jernih biru kehijauan sehingga menjadikannya antara lokasi popular bergambar di negeri ini.

KEADAAN semasa Sungai Kesang.

Difahamkan, pernah suatu ketika pengunjung di situ pernah dianggarkan seramai 2,000 orang dalam masa dua hari sahaja selepas ia tular di laman sosial.

Selain itu, sungai itu juga masih lagi menjadi habitat buaya tembaga yang mula dikesan sejak 2018 lalu, menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2565
Kongsi :
Previous post Banjir: Melaka antara lima negeri selesai pembayaran bantuan wang ihsan – PM
Next post Pinjaman mikro RM33j diluluskan bagi pemulihan pasca banjir – PM
Ubah saiz-+=