Sorting by

×

Hujan berterusan dijangka masih landa Melaka, lima negeri sehingga esok

Masa Membaca:40 Saat

AYER KEROH 3 Jan – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini memberi amaran hujan berterusan diramal akan berlaku sehingga esok (4 Jan).

Ketua Pengarah MET Malaysia Muhammad Helmi Abdullah memberitahu antara negeri yang terlibat dengan amaran tersebut ialah Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Terengganu dan Sabah.

Ramalan cuaca signifikan itu adalah berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MMD-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

“Luruan monsun yang berlaku dijangka berakhir pada 4 Jan 2022.

“Pembentukan awan hujan aktif di Laut China Selatan dan Laut Sulu masih berpotensi menyebabkan hujan berterusan di Utara Sabah, Pantai Timur dan Semenanjung.

“Cuaca di Semenanjung dijangka akan bertambah baik bermula 5 Jan 2022,” kata kenyataan itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1005
Kongsi :
Previous post Banjir: Tak dapat turun sungai, nelayan menjaring di darat
Next post ‘Abang rider’ sanggup redah banjir 500 meter hantar makanan
Ubah saiz-+=