Banjir: Tabah hadap banjir lebih 80 kali
SUNGAI RAMBAI 3 Jan – Pindah-randah, redah banjir bagaikan sudah lali bagi salah seorang mangsa banjir di Kampung Parit Penghulu, di sini.
Othman Samad, 71 memberitahu, dia sudah melalui lebih 80 insiden banjir sejak tahun 1980-an hingga kini.
Dia menyifatkan bencana banjir yang dialaminya pada malam 1 Januari lepas sebagai antara yang paling teruk terjejas selepas banjir besar yang melanda pada 2006.
“Banjir kali ini catat kedalaman hingga paras dada, sekali gus menimbulkan kerisauan buat kami sekeluarga.
“Memang letih hadap banjir sepanjang pengalaman saya menetap di sini (Kampung Parit Penghulu), namun itulah lumrah dan lebih 80 kali bencana banjir saya sudah hadapi di sini,” katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu, di sini, tengah hari tadi.
Dalam pada itu, Othman turut mencadangkan agar pihak kerajaan dapat membina benteng parit atau sungai lebih tinggi bagi mengurangkan impak kesan banjir teruk yang dialami penduduk kampung itu.
“Saya sudah beri cadangan pada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai agar buat benteng tinggi di Parit Penghulu dengan kadar segera,” tambahnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...
PENIAGA PAKAIAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 18 Disember - Peniaga pakaian warga Kemboja ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang wanita yang juga pelanggannya dalam...
KEMBIRI KUCING DI DEWAN BUKIT BERUANG PADA 27 DISEMBER INI
AYER KEROH 18 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menganjurkan Program Kembiri Kucing di Dewan Bukit Beruang...