Banjir: ‘Abang Viva’ sudah tiba di Taman Merdeka
KESIDANG 2 Jan – ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar, 29 dilihat mula bergerak bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Melaka, hari ini.
Menerusi perkongsian orang awam, kelihatan ramai yang merakamkan foto dan video ketibaan wira banjir negara itu di Taman Merdeka, di sini, yang merupakan antara kawasan terjejas teruk dengan banjir.
Dalam satu video yang tular dilihat, Azwan dilihat menaiki Perodua Viva yang tular bersama-sama sebuah bot angin yang diikat pada bumbungnya.
Video itu memperlihatkan Azwan bertanyakan kepada salah seorang penduduk mengenai lokasi yang paling terjejas teruk di kawasan itu.
Sebelum ini, seluruh negara memuji kesungguhan ‘Abang Viva’ yang sanggup membantu mangsa banjir di Selangor dan Pahang dengan hanya berbekalkan ‘duit poket’ RM50 sahaja.
Namanya, disebut-sebut ramai pihak termasuk Imam Masjid Negara dalam khutbah solat Jumaat dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dalam pembentangan Bajet 2022 Negeri Melaka, 27 Dis lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERCUBAAN SEBULAN ‘NO RIGHT TURN’ DI JALAN SYED ABDUL AZIZ
DUYONG 19 Januari - Tempoh percubaan penyuraian trafik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Syed Abdul Aziz dan Persimpangan...
‘NADI’ KUALA LINGGI SIAP FEBRUARI INI
KUALA LINGGI 19 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)...
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...