
Banjir: APM Alor Gajah selamatkan anjing hampir lemas
ALOR GAJAH 2 Jan – Seekor anjing peliharaan yang terendam beberapa jam dalam banjir di Kampung Pengkalan, di sini, berjaya diselamatkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Alor Gajah, semalam.
Jurucakap APM berkata, anggota menemui anjing tersebut terikat dengan rantai pada tiang sebuah rumah di kampung tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi.
Menurutnya, anjing tersebut dilihat tersangkut pada pagar yang tenggelam sedalam lebih satu meter.
“Haiwan itu yang terendam tidak agresif ketika diselamatkan oleh anggota yang menemuinya.
“Bagaimanapun, haiwan itu kelihatan menggigil kesejukan, mungkin sudah terlalu lama berada dalam air banjir,” kata jurucakap itu ketika dihubungi Melaka Hari Ini ( MHI).
Sejurus diselamatkan, anjing tersebut diserahkan kepada jiran sebelum diserahkan kepada pemiliknya.
Sementara itu, menurut salah seorang penduduk di kampung itu, pemilik anjing berkenaan dipercayai tertinggal haiwan tersebut ketika bergegas meninggalkan rumah.
Ini kerana, katanya, pemilik tergesa-gesa meninggalkan rumah kerana mahu menyelamatkan diri ekoran kediaman dimasuki banjir.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA NEGERI MEMBANGGAKAN TARIK PELABUR – PM
AYER KEROH 5 April - Keupayaan Melaka menarik pelaburan berteknologi tinggi seperti pusat data, kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor mendapat...
PM SETUJU MELAKA LOKASI PELANCARAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
AYER KEROH 5 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk memilih Melaka sebagai tuan rumah pelancaran Tahun...
PM ANWAR TIBA UNTUK BERAYA DENGAN RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 5 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, tiba...
PERPADUAN, KEHARMONIAN RAKYAT FAKTOR MELAKA JADI PILIHAN PELANCONG
AYER KEROH 5 April - Keunikan Melaka sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan budaya, selain rakyatnya harmoni dan...
KEMERIAHAN SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI MELAKA BERMULA
AYER KEROH 5 April - Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dibanjiri orang ramai seawal jam 8 pagi tadi bagi bersama-sama...
7,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN RIM
RIM 5 April - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim di Dewan Bendahara MRSM Tun Ghafar Baba, malam...