
Menunggang motosikal secara berbahaya: Sembilan termasuk dua pelajar ditahan
SEREMBAN, 2 Jan – Polis menahan sembilan lelaki termasuk dua pelajar sekolah kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Lebuhraya Seremban-Port Dickson, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed berkata kesemua mereka yang berumur 17 hingga 22 tahun ditahan oleh polis dari Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman menerusi Operasi Samseng Jalanan antara pukul 12.30 tengah hari dan 2 petang.
“Mereka melakukan aksi seperti berlumba atau bersaing sesama sendiri, membuat aksi zig-zag di lebuh raya, menunggang sambil meletak kaki atas motor (ala superman) dan aksi membongkok badan semasa menunggang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata semua mereka bersama motosikal masing-masing yang digunakan untuk melakukan aksi berkenaan dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk siasatan lanjut, dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA NEGERI MEMBANGGAKAN TARIK PELABUR – PM
AYER KEROH 5 April - Keupayaan Melaka menarik pelaburan berteknologi tinggi seperti pusat data, kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor mendapat...
PM SETUJU MELAKA LOKASI PELANCARAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
AYER KEROH 5 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk memilih Melaka sebagai tuan rumah pelancaran Tahun...
PM ANWAR TIBA UNTUK BERAYA DENGAN RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 5 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, tiba...
PERPADUAN, KEHARMONIAN RAKYAT FAKTOR MELAKA JADI PILIHAN PELANCONG
AYER KEROH 5 April - Keunikan Melaka sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan budaya, selain rakyatnya harmoni dan...
KEMERIAHAN SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI MELAKA BERMULA
AYER KEROH 5 April - Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dibanjiri orang ramai seawal jam 8 pagi tadi bagi bersama-sama...
7,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN RIM
RIM 5 April - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim di Dewan Bendahara MRSM Tun Ghafar Baba, malam...