Sorting by

×

Banjir: Sungai Malim hampir melimpah, beberapa kawasan mula dinaiki air

Masa Membaca:55 Saat

BANDARAYA MELAKA 2 Jan – Berikutan hujan lebat tanpa henti di negeri ini, beberapa kawasan yang dinaiki banjir sejak semalam semakin bertambah buruk.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati antara kawasan yang mula dilanda banjir ialah di sekitar kawasan perindustrian Malim dan Batu Berendam.

Setakat jam 1 tengah hari, turut kelihatan paras air di Sungai Malim hampir penuh.

Menurut sumber kakitangan Jabatan Pengairan dan Sungai (JPS) Melaka ketika ditemui MHI, paras air Sungai Malim pada masa ini sudah mencecah 2.8 meter.

“Kalau hujan tidak berhenti, sungai ini boleh cecah 3 meter dah air akan melimpah di semua kawasan, setakat ini beberapa kawasan sudah dinaiki air,” katanya.

KEADAAN di sekitar Malim Jaya yang sudah mula dinaiki air.

Terdahulu, tinjauan MHI di Kampung Morten kira-kira jam 10.30 pagi mendapati banjir di kampung berkenaan mulai surut berbanding jam 7 pagi tadi.

MHI kemudian meneruskan tinjauan ke Taman Cempaka serta hadapan Melaka Sentral, didapati banjir masih dalam keadaan terkawal namun di bahu jalan raya sudah dipenuhi air.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3789
Kongsi :
Previous post Banjir: Lebih 50 rumah dinaiki air di Taman Merdeka, paras air dijangka meningkat
Next post Banjir: Dua kanak-kanak antara diselamatkan bomba di Merlimau
Ubah saiz-+=