Sorting by

×

Banjir: Lebih 50 rumah dinaiki air di Taman Merdeka, paras air dijangka meningkat

Masa Membaca:33 Saat

BATU BERENDAM 2 Jan- Lebih 50 buah rumah terjejas di Taman Merdeka di sini akibat banjir susulan hujan lebat berterusan malam tadi sehingga kini.

Difahamkan pertembungan fenomena air pasang besar dan hujan yang berterusan antara faktor menyebabkan air di sungai berhampiran meningkat dan melimpah ke kawasan perumahan penduduk.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di lokasi mendapati paras air sudah mencecah betis dan dijangka akan meningkat lagi memandangkan hujan masih lebat.

Turut kelihatan kenderaan pacuan empat roda milik orang awam yang membantu mangsa-mangsa terkandas di rumah.

Kenderaan dari Jabatan Penerangan Melaka turut dilihat memberi amaran dan menasihati penduduk untuk menyelamatkan dokumen penting.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2062
Kongsi :
Previous post Banjir: Lebih 1,200 mangsa di Melaka, 17 pusat pemindahan dibuka
Next post Banjir: Sungai Malim hampir melimpah, beberapa kawasan mula dinaiki air
Ubah saiz-+=