Banjir: Lebih 1,200 mangsa di Melaka, 17 pusat pemindahan dibuka

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

AYER KEROH 2 Jan – Jumlah mangsa banjir di Melaka terus melonjak tengah hari ini apabila seramai 1,225 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Left Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah PPS yang dibuka juga meningkat kepada 17 dengan beberapa lagi kawasan merekodkan pertambahan jumlah mangsa.

Katanya, setakat ini daerah Alor Gajah kekal dengan sembilan PPS, manakala terdapat pertambahan empat PPS baharu di Melaka Tengah menjadikan keseluruhan enam PPS dibuka.

Daerah Jasin pula, katanya terdapat satu lagi PPS menjadikan keseluruhan dua PPS setakat tengah hari ini.

“Empat PPS yang baharu dibuka di Melaka Tengah ialah di SJKC Malim, Dewan PPR Krubong, SK Peringgit dan SK Batu Berendam 1.

“Manakala, PPS yang baharu dibuka di Jasin ialah di SK Seri Mendapat. Kesemua PPS ini masih dalam proses pendaftaran,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata jumlah masa tertinggi di PPS pada ketika ini ialah di PPS SK Krubong iaitu seramai 296 mangsa, diikuti PPS SRA JAIM Jelatang (223), PPS SK Taman Merdeka (197), PPS SMK Seri Pengkalan (162) dan PPS SK Belimbing Dalam (128).

Katanya, jumlah kawasan terjejas turut meningkat kepada 24 kawasan pada tengah hari membabitkan 14 di daerah Alor Gajah, tujuh di Melaka Tengah dan tiga di Jasin.

Di Alor Gajah, kawasan terjejas melibatkan Kampung Gadek Dalam, Taman Seri Bayu 1 dan 2, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin, Kampung Sungai Siput, Lubok China, Kampung Jeram, Kampung Belimbing, Kampung Pulau, Kampung Telok Berembang, Kampung Bukit Balai, Kampung Gangsa dan Taman Angkasa Nuri.

Manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis, Padang Siapong, Kampung Tanah Merah, Taman Merdeka Jaya, Taman Tambhy Chik Karim, Rumah Awam Peringgit dan Kampung Bachang Darat.

Di Jasin pula, kawasan yang terjejas ialah di Kampung Parit Penghulu, Kampung Lanchang dan Kampung Tersusun Rambai Jaya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

810
Kongsi :
Previous post Jumlah mangsa banjir terus meningkat di tujuh negeri
Next post Banjir: Lebih 50 rumah dinaiki air di Taman Merdeka, paras air dijangka meningkat
Ubah saiz-+=