Sorting by

×

Fenomena air pasang besar 2-4 Jan, empat kawasan di Melaka berisiko

Masa Membaca:43 Saat

MELAKA 2 Jan – Empat kawasan di Melaka berisiko mengalami fenomena air pasang besar yang dijadual bermula hari ini sehingga 4 Jan.

Antara kawasan yang terlibat ialah Alai Perdana, Telok Mas, Pengkalan Balak dan Kuala Linggi.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam satu kenyataan walaupun fenomena air pasang besar kali ini berskala lebih kecil berbanding Nov lalu, namun dikhuatiri keadaan lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak.

Katanya, ia berpotensi membuatkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.

Sehubungan itu, JPS meminta orang ramai khususnya pengunjung pantai agar berhati-hati ketika menjalankan aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh dinyatakan.

Orang ramai juga diminta untuk sentiasa memantau cuaca yang mana sekiranya hujan lebat dan berlaku air pasang serentak, mereka perlu bersedia berpindah ke tempat selamat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1397
Kongsi :
Previous post Kampung Morten jadi ‘pulau’
Next post Mayat wanita reput ditemukan di dalam tasik
Ubah saiz-+=