Banjir: Bomba pindahkan dua keluarga di Sungai Rambai
MELAKA 2 Jan – Susulan hujan berterusan sejak malam tadi, dua keluarga yang terperangkap banjir di Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai dipindahkan.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, PBK II Syukur Mohd Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.53 pagi memohon bantuan untuk berpindah ke lokasi selamat.
Katanya, sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati dua kediaman dinaiki air susulan hujan berterusan sejak malam tadi.
“Anggota bomba menggunakan sebuah lori angkut untuk memindahkan dua keluarga yang terdiri lapan mangsa termasuk lima kanak-kanak.
“Semua mangsa itu dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu,” katanya.
Beliau berkata, operasi menyelamat semua mangsa tamat pada jam 3 pagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
‘UJIAN ALLAH, KUATKAN IKATAN KASIH KAMI’
AYER KEROH 19 Disember - Ujian yang dilalui ketika ini tidak sesekali menjadi satu bebanan buat Nurlidaini Jaafar, 38, sebaliknya...
PTPTN MELAKA DEKATI MAJIKAN
AYER KEROH 19 Disember - Sejumlah 128 majikan di Melaka tampil bekerjasama dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi...
HADIAH PENAT LELAH WARGA PPSPM
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Penat lelah dan kerja keras warga Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dalam merancakkan...
PPSPM TAMBAH DUA LOKASI BAHARU ‘RIVER CRUISE’ TAHUN DEPAN
BANDARAYA MELAKA 19 Disember - Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) akan menambah dua lagi lokasi...
TAMAN BANDARAYA BUKIT SERINDIT ‘BERMANDI’ CAHAYA
AYER KEROH 18 Disember - Taman Bandaraya Bukit Serindit bakal menjadi lokasi tarikan terbaharu apabila akan berlangsungnya pesta lampu LED...
BACA, HAYATI DAN AMALKAN ISI AL-QURAN
AYER KEROH 18 Disember - Al-Quran sebagai panduan kepada seluruh umat Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar...