Amaran hujan berterusan peringkat jingga, kuning di kebanyakan negeri
KUALA LUMPUR, 1 Jan – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan peringkat jingga (buruk) di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor hingga Isnin ini (3 Jan).
MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan 1 tengah hari tadi memaklumkan hujan lebat berterusan itu membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang; Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan; Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi di Johor; serta seluruh Melaka.
Hujan berterusan peringkat kuning (waspada) pula dijangka berlaku di Perak melibatkan daerah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Selangor; Kuala Lumpur; Putrajaya; Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson); dan Johor (Pontian, Kulai dan Johor Bahru) hingga Isnin.
Amaran tahap waspada itu turut dijangka berlaku hingga Selasa (4 Jan) di Kelantan, Terengganu, Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh) serta Sabah iaitu di Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan), serta Kudat.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LELAKI TULAR ANIAYA KUCING DITAHAN
KUALA LUMPUR 25 November - Polis menahan seorang lelaki di Jalan Klang Lama petang semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap...
MBMB GUNA PERUNTUKAN DALAMAN BINA KOLAM TAKUNGAN SEMENTARA BUKIT RAMBAI
AYER KEROH 25 November - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan menyelaras dan membina kolam takungan sementara di Bukit Rambai...
604 DITAHAN, RM87.03 JUTA BARANGAN DIRAMPAS KPDN
ALOR GAJAH 25 November - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan 604 individu selain merampas barang...
KEBERADAAN PENGUAT KUASA KPDN DIPERTINGKAT
ALOR GAJAH 25 November - Keberadaan atau 'omnipresence' jentera penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)...
PELAJAR TINGKATAN LIMA MAUT, DUA LAGI CEDERA
BANDARAYA MELAKA 25 November - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima maut, selepas terjatuh daripada motosikal ditunggang sebelum dirempuh sebuah lagi...
GURU DIKHUATIRI LEMAS: OPERASI SAR BERSAMBUNG
KUANTAN 25 November - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang guru penolong kanan kokurikulum yang dikhuatiri lemas ketika memancing di...