Banjir: Melaka lebih bersedia gelombang kedua- KM

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER LIMAU 1 Jan- Kerajaan Melaka termasuk agensi berkaitan lebih bersedia dan bertindak pantas untuk menghadapi banjir gelombang kedua.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, persediaan menghadapi bencana itu kali kedua telah dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu awal berdasarkan ramalan kaji cuaca Jabatan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Katanya, kesemua bilik gerakan banjir di negeri itu tidak pernah ditutup susulan banjir teruk yang berlaku di kawasan sekitar Lubok China.

“Semua agensi berkaitan sentiasa dalam ‘mode standby’ dan bilik gerakan banjir tidak pernah ditutup, malahan bersedia bagi tempoh 24 jam.

“Walaubagaimanapun, saya sudah maklumkan pada pihak Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) serta agensi berkaitan untuk sentiasa memantau paras empangan air,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China, hari ini.

BANJIR di Lubok China

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Kamel Mohamad, Exco Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Zaidi Attan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, segala aktiviti di Sungai Melaka terpaksa dihentikan dalam masa dua ke tiga hari ekoran paras air di level berbahaya.

“Segala aktiviti di Sungai Melaka, termasuk Melaka River Cruise terpaksa dihentikan kerana faktor cuaca yang membimbangkan dan paras air sungai berbahaya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

712
Kongsi :
Previous post Mangsa banjir berulang dipertimbang terima bantuan RM1,000 kali kedua – KM
Next post KM arah kerja pembaikan ban pecah dijalan secepat mungkin
Ubah saiz-+=