Operasi Melaka River Cruise dihentikan sementara
AYER KEROH 1 Jan – Operasi Melaka River Cruise dihentikan sementara hari ini.
Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan itu dibuat berikutan peningkatan paras air Sungai Melaka.
Penutupan sementara operasi itu bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih dan berada dalam keadaan selamat untuk bot digerakkan.
Terdahulu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air di Stesen Sungai Melaka Batu Hampar berada pada tahap bahaya pagi ini susulan hujan berterusan sejak semalam.
Paras air terkini direkodkan ialah pada bacaan 2.48 meter, melepasi aras bahaya 2 meter yang ditetapkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA NELAYAN NYARIS LEMAS BOT TERBALIK DI PANTAI BACHOK
KOTA BHARU 26 November - Tiga nelayan nyaris lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik dibadai ombak, kira-kira 200 meter dari...
JBPM TERIMA WATIKAH PELANTIKAN ILB KEBOMBAAN
AYER KEROH 26 November - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) secara rasminya tersenarai sebagai 28 agensi Badan Peneraju Industri...
RAIS SUNTIK SEMANGAT CALON SPM DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 26 November - Peruntukan berjumlah RM21,000 disalurkan Japerun Paya Rumput kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Dewan...
‘TASK FORCE’ BANJIR JELAJAH SEMUA DUN
PAYA RUMPUT 26 November - 'Task force' banjir Melaka akan turun padang dan menjelajah ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MTL: MELAKA DIJANGKA ALAMI BANJIR
AYER KEROH 26 November - Melaka antara negeri yang turut diberikan perhatian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepanjang...
ANGKA KORBAN AKIBAT LEMAS MERISAUKAN
AYER KEROH 26 November - Orang ramai dinasihat agar mengehadkan aktiviti riadah seperti berkelah atau sebarang bentuk sukan air susulan...