Bomba selamatkan lelaki diserang monyet
TELOK MAS 31 Dis – Seorang pengawal keselamatan cedera selepas diserang monyet dalam kejadian di Pulau Besar, di sini, tengah malam tadi.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 12 tengah malam, ketika lelaki berusia 20-an terbabit sedang bekerja.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.27 tengah malam bagi menyelamat dan membawa keluar mangsa dari pulau untuk mendapatkan rawatan.
Katanya, sejurus menerima panggilan kecemasan, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Untuk ke lokasi di pasukan penyelamat menaiki bot JBPM sebelum tiba di Pulau Besar kira-kira 20 minit kemudian.
“Setibanya di lokasi terdapat mangsa lelaki yang cedera di bahagian lengan akibat diserang monyet dan dia kemudian dibawa keluar dari pulau,” katanya.
Menurutnya, setiba di Jeti Marina, Kota Laksamana mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ANGGOTA POLIS DIDAKWA ROMPAK JONGKONG EMAS BERNILAI LEBIH RM500,000
KUALA LUMPUR 17 Disember - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan...
KOMPLEKS AIR PANAS GADEK KINI DIBUKA
AYER KEROH 17 Disember - Kompleks Air Panas Gadek atau juga dikenali sebagai Gadek Hotspring Wellness & Spa Resort kini...
WARGA EMAS RUGI RM704,000 DIPERDAYA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUALA TERENGGANU 17 Disember - Seorang ahli perniagaan warga emas mengalami kerugian RM704,000 selepas menjadi mangsa pelaburan tidak wujud secara...
WARGA EMAS OKU HILANG SELEPAS KELUAR RUMAH DI REMBAU
SEREMBAN 17 Disember - Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumahnya di Batu 4, Kampung Air Melintang,...
RANAU DILANDA GEMPA BUMI LEMAH LAGI
KOTA KINABALU 17 Disember - Gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau, pada 10.01 pagi...
MPHTJ ‘CABUT’ PAPAN IKLAN TIDAK BERLESEN
AYER KEROH 17 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerusi Jabatan Perlesenan menurunkan 15 unit papan tanda haram...