Video air deras bukan di Tasik Kenyir – TNB
KUALA TERENGGANU, 31 Dis – Video air deras yang tular di media sosial kononnya berlaku di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, adalah tidak benar.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan memaklumkan sungai yang dipaparkan di dalam video berkenaan adalah Sungai Telemong yang berdekatan dengan Pengkalan Gawi, di Tasik Kenyir.
“Namun aliran Sungai Telemong tidak mengalir masuk ke Tasik Kenyir dan paras air di empangan Tasik Kenyir masih selamat dan terkawal.
“TNB menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi berita yang tidak sahih di media sosial,” menurut kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook rasmi TNB Care itu.
Semalam video berdurasi 18 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu memaparkan air sungai deras hingga melimpah ke jambatan, dengan lokasinya dikatakan di Tasik Kenyir.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KOMPLEKS AIR PANAS GADEK KINI DIBUKA
AYER KEROH 17 Disember - Kompleks Air Panas Gadek atau juga dikenali sebagai Gadek Hotspring Wellness & Spa Resort kini...
WARGA EMAS RUGI RM704,000 DIPERDAYA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUALA TERENGGANU 17 Disember - Seorang ahli perniagaan warga emas mengalami kerugian RM704,000 selepas menjadi mangsa pelaburan tidak wujud secara...
WARGA EMAS OKU HILANG SELEPAS KELUAR RUMAH DI REMBAU
SEREMBAN 17 Disember - Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumahnya di Batu 4, Kampung Air Melintang,...
RANAU DILANDA GEMPA BUMI LEMAH LAGI
KOTA KINABALU 17 Disember - Gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau, pada 10.01 pagi...
MPHTJ ‘CABUT’ PAPAN IKLAN TIDAK BERLESEN
AYER KEROH 17 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerusi Jabatan Perlesenan menurunkan 15 unit papan tanda haram...
MAIM CAKNA PENDIDIKAN ANAK ASNAF
AYER KEROH 17 Disember - Umat Islam di negeri ini diminta supaya ambil tahu dan cakna mengenai anak asnaf dalam...