
BISTARI sumbang RM50,000 bantuan bencana banjir
SERI NEGERI 29 Dis – Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Melaka (BISTARI) menyumbang sebanyak RM50,000 kepada tabung bencana banjir bagi membantu mangsa terkesan akibat musibah itu.
Menerusi catatan Facebook rasmi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata sumbangan itu sedikit sebanyak meringankan beban bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.
“Terima kasih kepada BISTARI yang hadir di Pejabat Ketua Menteri bagi menyerahkan bantuan bencana banjir kepada kerajaan negeri Melaka,” katanya.
Terdahulu, replika cek sumbangan itu diserahkan oleh isterinya yang juga Pengerusi Bistari, Datin Seri Utama Munira M Yusop dan dihadiri delegasi pertubuhan berkenaan.
Dalam pada itu, Sulaiman mengalu-alukan sumbangan orang ramai terutamanya agensi kerajaan dan syarikat korporat untuk terus menyalurkan sumbangan atau bantuan kepada mangsa banjir.
“Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, saya mengalu-alukan lebih banyak sumbangan daripada pelbagai agensi, syarikat dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu mangsa banjir yang terkesan di Negeri Melaka,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PASTIKAN SISTEM JALAN RAYA, ALIRAN TRAFIK DI MELAKA DALAM KEADAAN TERBAIK – TYT
SERI NEGERI 25 April - Sistem jalan raya dan aliran trafik di Melaka perlu sentiasa berada dalam keadaan terbaik, kata...
EKONOMI MELAKA BERKEMBANG PADA KADAR TIGA PERATUS
SERI NEGERI 25 April - Kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Melaka direkodkan sebanyak RM46.9 bilion sepanjang 2023 menyumbang kepada...
TMM2024 POSISIKAN MELAKA DI PETA PELANCONGAN DUNIA
SERI NEGERI 25 April - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bangga dengan kejayaan Tahun...
USAHAWAN MELAKA PERLU MANFAAT PLATFORM DIGITAL
SERI NEGERI 25 April - Usahawan di Negeri Melaka digalak untuk memanfaatkan platform digital selari dengan ledakan perkembangan teknologi terkini....
SIDANG DUN MELAKA MENGENANG ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH
SERI NEGERI 25 April - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr.Mohd Ali Mohd Rustam, mengenang jasa Perdana Menteri Kelima,...
MELAKA TERUS JADI TUMPUAN PENGANJURAN ACARA BERTARAF KEBANGSAAN
SERI NEGERI 25 April - Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merakamkan penghargaan kepada...