Sorting by

×

Bajet 2022 ubah persepsi e-sukan, pergiat cungkil bakat – MEA

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

AYER KEROH 28 Dis- Inisiatif kerajaan negeri untuk pembangunan e-sukan dalam Bajet Melaka 2022 dilihat seiring dengan langkah Melaka menuju era digitalisasi, sekaligus memacu sukan elektronik ke peringkat lebih tinggi.

Setiausaha MEA, Hafizuddin Othman berkata, Persatuan Sukan Elektronik Melaka (MEA) menyambut baik pembentangan Bajet Melaka 2022 yang mengumumkan peruntukan RM200,000 bagi penganjuran program e-sukan di negeri ini.

Katanya, tambah memberi khabar gembira, peruntukan itu juga melibatkan pembangunan untuk mewujudkan pusat sukan e-sukan di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“MEA menyambut baik inisiatif dan insentif yang dibentang dalam bajet Melaka 2022 oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali semalam.

“Terima kasih kerajaan negeri, hal ini sekaligus membuktikan kerajaan negeri lebih bersifat inklusif dan holistik dalam menyokong perkembangan bakat dan pembangunan ekosistem e-sukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

HAFIZUDDIN

Mengulas lanjut, Hafizuddin berkata, sokongan kerajaan terhadap perkembangan e-sukan di Melaka akan diperluaskan menerusi pelbagai kejohanan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan tersebut.

Bagaimanapun, Hafizuddin menegaskan persepsi bahawa e-sukan hanya sekadar hiburan semata-mata perlu diubah, sebaliknya ia harus dilihat sebagai industri yang mampu merancakkan ekonomi negeri dan negara.

“MEA turut bertanggungjawab untuk memastikan ada landasan atau jambatan antara golongan yang faham dan tidak faham apa itu e-sukan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

907
Kongsi :
Previous post Lelaki maut ditetak abang kemurungan
Next post Lebih 20 penjawatan ditawarkan pada Hari Kerjaya Oncar.My
Ubah saiz-+=