Xinyi Glass hasrat tambah pelaburan RM1.4 bilion di Melaka – Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

JASIN 29 Dis – Kilang pembuatan gelas terbesar di rantau Asia, Xinyi Glass Holdings Limited berhasrat membesarkan lagi syarikat itu dengan modal berjumlah RM1.4 bilion di Melaka dalam masa terdekat.

Exco Pelaburan dan Perindustrian Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, hasrat pembesaran syarikat di atas tanah seluas 52.6 hektar itu dimaklumkan dalam perbincangan yang diadakan bersama wakil syarikat itu, hari ini.

“Pembesaran kilang ini akan membabitkan keluasan 130 ekar (52.6 hektar) kawasan baharu yang mana ia akan dibangunkan kilang membuat cermin automobil.

“Ia akan menjadikan Xinyi Glass sebagai syarikat pembekal cermin kenderaan untuk pihak ketiga yang mana ia akan dibekalkan ke seluruh dunia.

“Kita menjangkakan jika semua berjalan lancar, Xinyi akan dapat membina kilang baharu itu dalam tempoh enam bulan lagi,” katanya.

EXCO Pelaburan dan Perindustrian Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hadir pada sesi mesyuarat ketika lawatan ke Kilang Xinyi Glass, Lipat Kajang, Jasin. Turut bersama Pengarah Kewangan Xinyi Glass Holdings Limited dan Xinyi Solat Holdings Limited, Datuk Sin Ket Hin (kanan). Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Kilang Xinyi Glass Holdings Limited, di Lipat Kajang, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Datuk Azmi Hussain dan Pengarah Kewangan Xinyi Glass Holdings Limited dan Xinyi Solar Holdings Limited, Datuk Sin Ket Hin.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata kerajaan negeri sedia membantu syarikat berkenaan dalam meluaskan lagi bidang perniagaannya memandangkan syarikat itu telah memberikan banyak peluang pekerjaan kepada anak Melaka.

“Setakat ini Xinyi Glass telah memberikan peluang pekerjaan kepada 55 peratus pekerja tempatan di negeri ini.

“Dan kita percaya jika kilang baharu ini beroperasi ia akan membuka kira-kira 300 ke 400 lagi peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2391
Kongsi :
Previous post Banjir: Guru rugi RM10,000 kambing ternakan hanyut dibawa arus
Next post Bajet Melaka 2022: Nafas lega buat B40
Ubah saiz-+=