
Bajet 2022: Bantuan bot mangsa banjir diseliakan PDT- Sulaiman
SERI NEGERI 27 Dis. – Peruntukan sebanyak RM200,000 untuk membeli bot bagi membantu mangsa banjir akan diselia oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT).
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, peruntukan sebanyak RM200,000 itu disalurkan sebagai persediaan awal bagi menghadapi bencana banjir.
Katanya, peruntukan akan digunakan untuk membeli bot tambahan sebagai langkah kesiapsiagaan kerajaan negeri menghadapi fenomena itu.
“Dalam bencana banjir dan fenomena tidak menentu, kita mesti peka dan berhati hati, jadi kita keluarkan peruntukan RM200,000 untuk membeli bot-bot sebagai tambahan selain daripada bot yang disediakan dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pihak bomba.
“Kerajaan negeri perlu ada bot sendiri dan ini akan diberikan kepada setiap daerah yang diseliakan PDT sama ada agensi ini nak serahkan kepada APM atau Bomba itu terpulang padanya.
“Malah agensi ini pun mempunyai Bilik Gerakan Banjir dan sentiasa berkolaborasi dengan APM dan bomba,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pembentangan Bajet 2022 pada Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama, DUN Melaka Ke-15 di Bilik Tun Mutahir, di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...
MELAKA NEGERI PERTAMA DIGITALKAN KAMPUNG, HAIWAN TERNAKAN
SERI NEGERI 17 April - Seiring dalam era kemodenan dan digitalisasi masa kini, Melaka juga telah menjadi pelopor dan perintis...
SM-WEZ KAWASAN ‘IBU NEGERI’ BAHARU MELAKA
SERI NEGERI 17 April - Tidak cukup dengan kawasan perindustrian, Melaka juga memberi tumpuan kepada kewujudan zon ekonomi baharu yang...