Bajet 2022 – Melaka naikkan bantuan persekolahan RM200

Masa Membaca:24 Saat

SERI NEGERI 27 Dis – Melaka mengumumkan bantuan persekolahan 2022 kepada pelajar di negeri ini dinaikkan kepada RM200 berbanding RM150 sebelum ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, bantuan itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 2,500 pelajar sekolah rendah dari keluarga B40 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM500,000.

Selain itu, beliau turut mengumumkan Biasiswa Melaka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah berjumlah RM600 setahun membabitkan peruntukan RM1.44 juta.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1446
Kongsi :
Previous post Bajet 2022: Bantuan one-off RM1,000 buat anak Melaka lanjut pengajian ke KUIM, MiCOST
Next post Bajet 2022 – Melaka wujudkan pusat sukan e-sport, extreme sport di setiap PBT
Ubah saiz-+=