
Pemandu UTeM tingkat kemahiran memandu
DURIAN TUNGGAL 7 Ogos – Kursus ‘Respect Your Limit’ memberi panduan kepada pemandu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) supaya peka dalam pemanduan.
Kursus anjuran Pejabat Pengurusan Kenderaan Universiti (PPKU) UTeM itu disertai seramai 58 pemandu dan kakitangan UTeM.
Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti UTeM) Prof Madya Rahimi Yusoff berkata, ia penting kepada para pemandu mempelajari sistem yang digunapakai pihak PLUS, cabaran dan isu yang dihadapi mereka.
“Peserta didedahkan mengenai sistem jalan raya serta papan tanda yang digunakan PLUS, cara operasi, faktor dan punca kemalangan berlaku, isu serta cabaran kenderaan berat sewaktu di lebuh raya.
“Kursus ini sesuai untuk pemandu kenderaan UTeM kerana tugas mereka yang sentiasa dalam mod pemanduan dan berada di atas jalan raya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Kursus ‘Respect Your Limit’ di Kampus Induk UTeM, baru-baru ini.
Pada program itu, PLUS juga tidak ketinggalan berkongsi pelbagai tips pemanduan yang selamat bersama peserta yang hadir bagi mengelakkan kemalangan jiwa yang meragut nyawa saban tahun.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...