Banjir: Satu PPS ditutup, mangsa berkurangan kepada 29 orang
MELAKA 25 Dis – Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan berkurangan kepada 29 orang berbanding 35 mangsa semalam.
Pengurangan itu susulan penutupan satu pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Alor Gajah hari ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China di daerah Alor Gajah ditutup pada jam 2 petang tadi.
Katanya, ia berikutan tiga keluarga seramai enam orang itu sudah pulang ke kediaman masing-masing.
“Setakat jam 4 petang tadi, hanya satu pusat pemindahan masih dibuka iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu Benteng di daerah Jasin.
“PPS yang dibuka sejak 19 Dis lalu masih menempatkan seramai sembilan keluarga yang terdiri daripada 29 mangsa,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
AMCA DAN SOMCA TUMPU TIGA AGENDA UTAMA, TINGKAT KERJASAMA BUDAYA
BANDARAYA MELAKA 25 Oktober - Mesyuarat Menteri-Menteri Kebudayaan dan Kesenian ASEAN (AMCA) ke-11 memberi tumpuan kepada tiga agenda utama dalam...
PERARAKAN BOT PEMBUKA TIRAI MALAM GALA AFA
BANDARAYA MELAKA 24 Oktober- Perarakan 10 bot Melaka River Cruise (MRC) membuka tirai Majlis Makan Malam Gala ASEAN Festival Of...
PUSINGAN ‘U’ BERTINGKAT KURANGKAN 50 PERATUS KESESAKAN
BANDARAYA MELAKA 24 Oktober - Pembinaan projek pusingan 'U' bertingkat dan 'direct 'U'-turn' di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah-Jasin (AMJ)...
WANITA KERUGIAN RM3,000 SELEPAS RANTAI DIRAGUT
KUALA LUMPUR 24 Oktober - Seorang wanita mengalami kerugian RM3,000 selepas menjadi mangsa ragut dalam kejadian di laluan kaki lima...
MELAKA JADI BANDARAYA BUDAYA ASEAN
BANDA HILIR 24 Oktober - Melaka dipilih sebagai Bandaraya Budaya Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang mempamerkan sejarah, budaya, seni...
100,000 PENGUNJUNG DIJANGKA MERIAHKAN KUAM 2024
BANDARAYA MELAKA 24 Oktober - Lebih 100,000 pengunjung termasuk pelancong asing dijangka hadir bagi memeriahkan penganjuran Karnival Udara Antarabangsa Melaka...