Sorting by

×

Luruan monsun: Rakyat Sarawak harus bersedia – Pejabat Ketua Menteri

Masa Membaca:33 Saat

KUCHING, 25 Dis – Pejabat Ketua Menteri Sarawak (CMO) menasihatkan rakyat di negeri ini supaya bersiap sedia berikutan ramalan hujan lebat berterusan di bahagian barat Sarawak minggu depan.

MCO dalam kenyataan berkata orang ramai perlu mematuhi amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) terutama penduduk yang tinggal di kawasan terdedah banjir.

“Sewajarnya bersedia untuk kemungkinan dipindahkan seperti arahan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia mengeluarkan nasihat pada Rabu meramalkan berlaku luruan monsun dengan kebarangkalian berlaku hujan berterusan di bahagian barat Sarawak minggu depan.

MetMalaysia berkata berdasarkan analisis sistem cuaca terdapat potensi hujan lebat berterusan dari 27 hingga 29 Dis disebabkan luruan monsun itu. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

490
Kongsi :
Previous post Pesara cemas ular sawa 15kg berlingkar atas reban
Next post Johor akan pantau keadaan semasa termasuk keperluan adakan PRN
Ubah saiz-+=