
Banjir: N.Sembilan rekod satu kes positif COVID-19 di PPS
JELEBU, 25 Dis – Banjir di Negeri Sembilan merekodkan satu kes positif COVID-19 dikesan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Port Dickson, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata kes tersebut adalah bergejala pada tahap dua dan kini menjalani rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Hospital, Seremban.
Kes tersebut melibatkan seorang wanita berusia 60 tahun.
“Kes itu dikesan ketika saringan dibuat di PPS berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyertai gotong-royong anjuran Parlimen Jelebu di Kampung Kemin di sini hari ini.
Seramai 292 mangsa banjir daripada 84 keluarga direkodkan di negeri ini dengan empat PPS masih dibuka di Jelebu setakat 8 pagi tadi.
Jumlah keseluruhan mangsa banjir direkodkan di Negeri Sembilan kini berjumlah 792 orang.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LONJAK POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS
BANDARAYA MELAKA 23 April - Lebih 5,500 murid dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka menyertai Karnival Bakat dan Kebolehpasaran...
‘RAYA DULU-DULU’ TEMA RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA
PENGKALAN BATU 23 April - Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 1446H/2025 yang akan...
136 TASKA DI MELAKA DIPASANG PLAK TASKA BERDAFTAR
MELAKA, 23 April - Sebanyak 136 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat...
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...