Peminjam PTPTN terjejas banjir dapat penangguhan bayaran 3 bulan
KUALA LUMPUR, 25 Dis – Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan kepada peminjam yang terkesan akibat banjir yang melanda negara, baru-baru ini.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata keputusan itu diambil selari dengan aspirasi kerajaan yang prihatin serta komited membantu Keluarga Malaysia yang terlibat dalam bencana banjir mengakibatkan kemusnahan harta benda termasuk peminjam PTPTN.
“Peminjam yang terkesan boleh mengemukakan permohonan kepada PTPTN bermula 28 Dis hingga 31 Mac 2022,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Noraini berkata butiran lanjut mengenai pelaksanaannya akan diumumkan oleh PTPTN dan berharap penangguhan bayaran balik PTPTN itu dapat meringankan beban peminjam yang terkesan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LALUAN BERLIKU, PANORAMA MEMUKAU JADI TARIKAN RALLY OF ASAHAN
ASAHAN 18 Disember - Rally Of Asahan yang berlangsung Sabtu dan Ahad ini bukan sekadar sebuah perlumbaan kereta tetapi lebih...
SPRM REMAN WANITA BANTU SIASATAN KES RASUAH GELARAN DATUK SERI
MELAKA, 18 Dis - Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman enam hari bermula...
PENIAGA PAKAIAN DIREMAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 18 Disember - Peniaga pakaian warga Kemboja ditahan polis selepas didakwa mencabul seorang wanita yang juga pelanggannya dalam...
KEMBIRI KUCING DI DEWAN BUKIT BERUANG PADA 27 DISEMBER INI
AYER KEROH 18 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menganjurkan Program Kembiri Kucing di Dewan Bukit Beruang...
MPAG MEMBUDAYAKAN AMALAN KITAR SEMULA
ALOR GAJAH 18 Disember - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus komited dalam memupuk budaya kitar semula di sekitar Alor...
5 SEBAB KENAPA PERLU NAIK MENARA TAMING SARI
MENARA Taming Sari adalah sebuah menara berputar yang menyajikan pemandangan indah panorama Bandar Melaka dan Selat Melaka. Menara setinggi 110...