Hujan, ribut petir dijangka berlaku di Melaka dan empat negeri, hari ini
MELAKA 24 Dis – Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda lima negeri sehingga jam 2 petang ini.
Ramalan itu turut membabitkan negeri Melaka iaitu di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah.
Selain itu, cuaca buruk turut diramal di Selangor (Kuala Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Port Dickson), Sarawak iaitu di Sarikei (Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu); serta Sabah membabitkan Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan MetMalaysia di laman Facebook.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LEBIH BANYAK NASKHAH AGUNG DIPENTASKAN
AYER KEROH 21 Disember - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka menterjemahkan naskhah karya agung yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan,...
SEKTOR HALAL LONJAK NAMA MELAKA DI PENTAS GLOBAL
AYER KEROH 21 Disember - Melaka mahu untuk terus kukuh di pentas global sebagai sebuah Hab Halal Antarabangsa dengan sasaran...
INISIATIF PERJUANG NASIB OKU DI MELAKA TIADA TITIK NOKTAH
DURIAN TUNGGAL 21 Disember - Kerajaan Negeri sedia memberi sokongan penuh terhadap inisiatif menambah baik pemulihan intervensi awal kebajikan, keselamatan...
PRODUK DESA MELAKA PERLU TEROKA INDUSTRI HALAL
AYER KEROH 21 Disember - Usahawan kecil di kawasan luar bandar perlu meneroka pasaran halal yang kini semakin berkembang pesat,...
MELAKA SEDIA PERKASA PELANCONGAN HALAL
AYER KEROH 21 Disember - Melaka bakal dikenali sebagai destinasi pelancongan halal dunia dengan memperkasakan kepelbagaian produk halal bukan sahaja...
NELAYAN UCAP TERIMA KASIH
TANJUNG BIDARA 21 Disember - Pembayaran sagu hati ex-gratia kepada nelayan yang terkesan susulan pembangunan Kuala Linggi International Port (KLIP)...