Karnival kerjaya 3 Daerah buka 940 kekosongan pekerjaan

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

BEMBAN 23 Dis – Mini Karnival Kerjaya 3 Daerah Peringkat Negeri Melaka membuka lebih 50 jawatan dan 940 kekosongan buat pencari kerja di negeri ini.

Exco Tenaga Kerja, Ngwe Hee Sem berkata, program sehari diadakan di Mydin Jasin yang juga merupakan penganjuran terakhir di Melaka pada tahun ini.

Menurutnya, sebanyak 10 syarikat swasta dan kerajaan menawarkan peluang pekerjaan dalam karnival tersebut.

“Karnival Kerjaya di Alor Gajah dan Melaka Tengah yang diadakan sebelum ini telah mendapat capaian yang memuaskan kerana telah memberi pelaung pekerjaan kepada graduan, individu yang ingin menukar pekerjaan serta pelbagai lagi.

“Kita berhasrat untuk menganjurkannya pada tahun hadapan sekali gus ia akan membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 selama dua tahun ini berikutan ramai individu yang hilang pekerjaan dan ini amat membantu pada pengangguran yang ada.

“Karnival yang diadakan sebelum ini juga telah memberikan pekerjaan kepada 213 pencari kerja dan 570 orang untuk temu duga kali kedua,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bagi merasmikan program berkenaan.

EXCO Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sem berucap pada majlis perasmian Mini Karnival 3 Daerah Peringkat Negeri Melaka (Jasin) di Pasaraya Mydin Jasin. Foto: MR. Azli

Hadir sama, Pengurus Besar Institut Tun Perak (ITP), Hazzlan Sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Maslina Baki dan Pengarah Perkeso negeri, Abdul Razak Omar.

Pada masa sama beliau berkata, penganjuran program terbabit akan difokuskan untuk diperluaskan ke kawasan luar bandar pada tahun hadapan.

Malah ujarnya, sektor pelancongan juga akan menjadi fokus utama khasnya dalam tawaran pekerjaan bagi perkhidmatan perhotelan dan restoran di negeri ini.

“Semua sektor akan dibuka terutama pada sektor pelancongan juga berikutan sektor yang terlah dibuka ini kita lihat ramai pelanconga telah memasuki Melaka dan ini akan memebri peluang pekerjaan kepada restoran arau hotel jika ia dibuka secara berperingkat nanti .

“Kerajaan negeri akan mengkaji semula bagi memastikan program seperti ini akan diperluaskan khusunya di dalam kawasan perkampungan bagi memastikan kadar pengangguran di Melaka dapat diturunkan pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

987
Kongsi :
Previous post SWM lancar kerja pembersihan sisa banjir Melaka di 11 lokasi
Next post Banjir: 37 kematian, 10 laporan orang hilang di seluruh negara
Ubah saiz-+=