Melaka permudah urusan mangsa banjir terima bantuan RM1,000

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI 23 Dis – Mangsa banjir di Melaka tidak perlu membuat laporan polis untuk menerima bantuan RM1,000 yang diberikan kerajaan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Sebaliknya beliau berkata, mereka yang terkesan hanya perlu mendapatkan pengesahan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan mereka sahaja.

Beliau berkata, dengan cara itu ia akan membantu mempermudahkan proses pemberian bantuan banjir dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kepada setiap mangsa terlibat.

“Saya rasa tidak perlu buat ‘report’ polis semua, kita mudahkan urusan mangsa banjir ini mereka banyak kerja nak buat nak cuci rumah semua.

“Jika JPKK dah sahkan dan ada gambar mangsa tersebut terlibat bencana banjir tidak perlu lagi lengahkan, JPKK boleh terus hantar kepada pejabat daerah masing-masing dan serahkan kepada NADMA,” katanya.

SULAIMAN

Beliau berkata demikan pada sidang media Pasca Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka di Seri Negeri di sini, hari ini.

Dalam pada itu kerajaan negeri juga meminta supaya semua agensi terlibat mempermudahkan penyaluran bantuan kepada mangsa banjir dalam kadar segera.

“Susulan pengumuman bantuan RM100 juta oleh Perdana Menteri tempoh hari, di Melaka semua mangsa banjir diminta untuk melaporkan kepada pejabat daerah masing-masing.

“Selain itu, semua pegawai daerah serta agensi yang berkaitan diminta mendapatkan laporan terperinci bagi membantu mangsa banjir,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1070
Kongsi :
Previous post Tiada sambutan Tahun Baharu 2022 di Melaka – KM
Next post Melaka laksana 383 projek jangka pendek atasi banjir – KM
Ubah saiz-+=