Sorting by

×

Nelayan, kaki pancing Melaka diingat utamakan keselamatan – Maritim

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 22 Dis – Orang ramai khususnya komuniti maritim digesa supaya sentiasa mengutamakan keselamatan diri ketika melakukan aktiviti di pantai dan laut di perairan Melaka dan Negeri Sembilan.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, susulan cuaca yang tidak menentu serta laut bergelora Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) berharap langkah keselamatan dapat diambil.

“Mereka yang berisiko tinggi berhadapan dengan kecemasan di laut membabitkan golongan nelayan, penggemar aktiviti rekreasi seperti mandi laut serta memancing.

“Golongan ini boleh dikatakan tidak arif dengan ‘marine nature’ berbanding mereka yang bekerja secara harian di laut.

“Tambahan pula keadaan cuaca semasa di Malaysia tidak menentu berikutan peralihan Monsun Timur Laut,” katanya.

Menurut beliau Maritim turut meningkatkan pemantauan di kawasan tumpuan pelancong antaranya di Pantai Pengkalan Balak dan Tanjung Puteri di Melaka dan Telok Kemang serta Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Selain itu pengusaha bot juga diingatkan agar mengutamakan faktor keselamatan selain orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga serta merujuk ramalan kaji cuaca bagi melakukan aktiviti air,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

972
Kongsi :
Previous post Banjir: Pengurusan bencana berbeza ikut lokasi, situasi – MKN
Next post Pemergian Osman, satu kehilangan besar dalam dunia politik Johor
Ubah saiz-+=