Sorting by

×

Tiga mayat mangsa banjir lumpur Telemong ditemukan

Masa Membaca:58 Saat

BENTONG, 20 Dis – Dua mayat wanita dan satu lelaki, dipercayai daripada kumpulan lima individu yang dilapor hilang dalam kejadian banjir lumpur di Telemong, di sini, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Mayat pertama ditemukan pada 1 tengah hari manakala mayat dua wanita ditemukan pada 1.20 tengah hari dan 2 petang, kira-kira dua hingga 5 kilometer dari kawasan mereka dilapor hanyut di kawasan sungai di kampung itu.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohd Sufian Yakob berkata operasi mencari dan menyelamat bermula 9 pagi ini di kawasan mereka dilapor hilang.

“Setakat ini kami telah jalankan operasi sehingga lima kilometer radius,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Semalam Bernama melaporkan polis menerima laporan berhubung kehilangan lima orang dalam kejadian di Telemong, Bentong, Pahang.

“Saya mengesahkan lima orang itu dipercayai hilang…saya juga menerima laporan berhubung satu penemuan mayat tetapi saya perlu mengesahkannya,” kata Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar kepada Bernama.

Terdahulu Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Telemong Lai Wah Foong berkata laluan masuk ke tempat kejadian sebelum ini tidak boleh dilalui susulan kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2197
Kongsi :
Previous post Banjir: Bantuan banjir RM1,000 akan diperincikan – Exco
Next post Banjir Selangor, ragut tujuh nyawa, satu masih hilang
Ubah saiz-+=