Pengetua sekolah harus bijak mendepani cabaran VUCA

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

BANDA HILIR 20 Dis – Pengetua sekolah memainkan peranan penting dalam menerapkan sifat kepimpinan bagi mendepani cabaran dunia pendidikan menerusi Visi, Kefahaman, Kejelasan dan Ketangkasan (VUCA).

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, selaras dengan hala tuju Pendidikan Revolusi Industri Ke-4 (IR 4.0), pemimpin sekolah harus mempersiapkan diri bagi mengendalikan organisasi pasca COVID-19.

Jelasnya, pengetua juga perlu bijak merancang dan mengimplementasi pendekatan kreatif supaya para guru berjaya menghabiskan sukatan pelajaran di samping menarik minat murid untuk ke sekolah.

“Kita perlu sedar bahawa adakah kita sebagai pemegang dalam sektor pendidikan berseddia menghadapi atau mendepani cabaran VUCA, kita adalah pemimpin daripada pendidikan.

“Tanya diri adakah kita sudah bersedia menghadapi dunia VUCA, kita bukan semata-mata mencari kepulangan akdemik dan kekayaan dunia, malah perlu ada suatu kekuatan untuk mencari sesuatu yang lebih jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Kebangsaaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia ke-59 Tahun 2021 ‘Kepimpinan Berteraskan Nilai Dalam Mendepani Cabaran Dunia VUCA’ di Hotel Hatten hari ini.

PKHARUDDIN semasa berucap pada majlis berkenaan.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Dr Mohd Azam Ahmad dan Yang Dipertua Majlis Pengetua Negeri Melaka, Mohd Yusri Seman serta dihadiri 500 pengetua sekolah di seluruh negara.

Ujarnya, beliau berharap supaya semua pemimpin sekolah dapat dapat memberikan komitmen yang terbaik dalam usaha meningkatkan sistem pendidikan bertaraf dunia.

“Kita perlu menghadapi apa jua tuntutan dalam perkembangan baharu yang akan datang (di mana) sekolah juga perlu dijadikan sebagai institusi yang menyeronokkan sekali gus memberi inspirasi kepada murid atau pelajar.

“Nilai kepimpinan yang berkarismatik juga penting untuk mengemudi dan menentukan hala tuju sekolah merealisasikan kualiti kemenjadian murid serta kualiti pengurusan sekolah,” katanya.

EBAHAGIAN pengetua sekolah yang hadir pada majlis tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2326
Kongsi :
Previous post Banjir di Kelantan dijangka pulih minggu ini – JPS Kelantan
Next post Banjir: Operasi menyelamat tumpu kawasan Sri Muda, 321 anggota digerakkan – Reezal Merican
Ubah saiz-+=