
Petronas sumbang RM25 juta untuk misi bantuan banjir
KUALA LUMPUR, 20 Dis – Petronas akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM25 juta untuk memberi bantuan kepada mangsa bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di negara ini.
Dana berkenaan diperuntukkan oleh unit dan anak syarikat Kumpulan Petronas termasuk Yayasan Petronas yang mana ia akan meningkatkan jumlah sumbangan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain, yang merupakan sebahagian daripada Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC (GDRN).
Dalam pada itu, Kelab Sukan dan Rekreasi Petronas, Persatuan Isteri-Isteri dan Kakitangan Wanita Petronas dan Badan Kebajikan Islam Petronas juga telah memulakan kutipan sumbangan untuk disalurkan kepada mangsa melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), kata Petronas dalam satu kenyataan hari ini.
Seperti tahun sebelumnya, Petronas Dagangan Bhd (PDB) akan menyediakan perkhidmatan trak mengisi minyak bergerak, ROVR bagi membantu mangsa banjir, memberi perkhidmatan kepada pelanggan atau kepada operasi menyelamat di mana stesen minyak ditutup atau tidak boleh diakses.
Petronas turut menghulurkan bantuan kepada kakitangannya yang terjejas, termasuklah menyediakan tempat tinggal sementara, elaun makanan, cuti khas, bantuan kewangan dan makanan serta barang keperluan yang lain.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...
DUA BERADIK MAUT DIPERCAYAI LANGGAR LAMPU ISYARAT
JOHOR BAHRU 21 April - Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima...
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...