Sorting by

×

Gunakan lori pindahkan pesakit

Masa Membaca:33 Saat

AYER KEROH 6 Ogos – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Tengah melakukan khidmat khas membantu memindahkan lelaki yang juga pesakit obesiti seberat kira-kira 200 kilogram ke Hospital Melaka, kelmarin.

Pengarah Pertahanan Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, pihaknya menerima panggilan dari hospital itu kira- kira jam 5.35 petang bagi mendapatkan bantuan untuk membawa lelaki berkenaan yang berusia 55 tahun dari rumahnya ke hospital.

“Mangsa dikatakan mengalami sesak nafas dan perlu dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

“Selain APM dan pasukan perubatan operasi memindahkan mangsa turut membabitkan pasukan bomba,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira- kira sejam bagi memindahkan mangsa sebelum dihantar ke hospital.

Views:

253
Kongsi :
Previous post Lambat ambil tindakan punca kanser servik merebak
Next post ‘Rela tukar nyawa asal Adam kembali sihat’
Ubah saiz-+=