Sorting by

×

Operasi pindahkan mangsa banjir di Bukit Kemuning dan Seri Muda diteruskan – MB Selangor

Masa Membaca:49 Saat

SHAH ALAM, 19 Dis – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata lebih banyak bot akan digunakan untuk membawa keluar dan memindahkan mangsa banjir yang masih terperangkap di Bukit Kemuning dan Seri Muda, di sini malam ini.

“Proses penyelamat akan diteruskan malam ini bagi mengeluarkan semua mangsa yang terkandas. Saya mengambil maklum keadaan kritikal di Taman Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam. Segala aset yang sesuai seperti bot telah dikerah untuk membantu proses pemindahan mangsa banjir.

“Saya difahamkan jumlah anggota tentera turut ditambah untuk membantu usaha ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter malam ini.

Menurut Amirudin beliau turut berada di SK Taman Sri Muda selama empat jam siang tadi bagi membantu operasi memindahkan mangsa yang terkandas antaranya, sebuah keluarga yang mempunyai bayi yang baru lahir dan warga emas.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar kawasan tersebut mendapati keadaan sekeliling masih bergelap susulan ketiadaan bekalan elektrik selain hubungan telekomunikasi terputus ekoran banjir yang melanda.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1840
Kongsi :
Previous post Ketua isi rumah mangsa kebakaran Perumahan Awam Sri Johor dapat RM1,000
Next post Kebakaran Flat Sri Johor : Wang simpanan RM40,000 hangus dijilat api – mangsa
Ubah saiz-+=