Ketua isi rumah mangsa kebakaran Perumahan Awam Sri Johor dapat RM1,000
KUALA LUMPUR, 19 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini mengumumkan bahawa setiap ketua isi rumah mangsa kebakaran Perumahan Awam Sri Johor di Cheras akan menerima bantuan berjumlah RM1,000.
“Seperti yang saya umumkan di Selangor pagi tadi mengenai bantuan untuk mangsa bencana, kebakaran ini juga merupakan bencana, jadi kita akan berikan RM1,000 kepada mereka yang terlibat yang menjadi mangsa kebakaran,” katanya selepas melawat kawasan kebakaran itu malam tadi.
Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.
Selain itu, Ismail Sabri berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan kediaman baharu buat mangsa kebakaran terbabit yang melibatkan lapan unit rumah di tingkat teratas bangunan empat tingkat itu.
“Tingkat tiga ke bawah sekiranya tidak membahayakan penduduk boleh berpindah masuk ke rumah,” katanya.
Menurut perdana menteri kebakaran itu berjaya dikawal oleh pihak bomba, namun punca kebakaran masih dalam siasatan.
Dalam kejadian pada kira-kira 9.20 malam itu, lapan rumah di tingkat lima Blok 31 Perumahan Awam Sri Johor, Cheras terbakar dan operasi pemadaman masih dijalankan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
DUA BERADIK CEDERA MOTOSIKAL REMPUH KERETA
JASIN 17 Disember - Seorang remaja lelaki dan adik perempuannya cedera selepas motosikal dinaiki merempuh sebuah kereta dalam kemalangan di...
KEMATIAN DUA REMAJA: PEMANDU LORI DIDAKWA MEMANDU SECARA BERBAHAYA
MELAKA 17 Disember - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu...
LANGGAR LAMPU MERAH: 95,298 SAMAN DIKELUARKAN DALAM TEMPOH 11 BULAN TAHUN INI – JSPT
KUALA LUMPUR 17 Disember - Sebanyak 95,298 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya di seluruh negara atas kesalahan melanggar lampu...
MPJ RANGKA TUJUH PROGRAM UNTUK WARGA JASIN BAGI TAHUN 2025
JASIN 17 Disember - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) merangka tujuh program menarik khas untuk warga Jasin bersempena sambutan ulang tahun...
ANGGOTA POLIS DIDAKWA ROMPAK JONGKONG EMAS BERNILAI LEBIH RM500,000
KUALA LUMPUR 17 Disember - Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan...
KOMPLEKS AIR PANAS GADEK KINI DIBUKA
AYER KEROH 17 Disember - Kompleks Air Panas Gadek atau juga dikenali sebagai Gadek Hotspring Wellness & Spa Resort kini...