Agong sifatkan banjir di ibu negara ibarat tragedi 1971
KUALA LUMPUR, 19 Dis – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyifatkan senario banjir yang melanda ibu negara malam tadi, seolah-olah sama dengan banjir besar yang berlaku pada 1971.
Seri Paduka Baginda bertitah selepas 50 tahun peristiwa tersebut, rakyat Malaysia perlu mengambil teladan untuk bersiap sedia terutamanya pada bulan Disember dan Januari, yang memperlihatkan impak banjir yang seperti berulang.
Seri Paduka bertitah demikian selepas berkenan mencemar duli turun padang membuat lawatan peribadi menziarahi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru, kira-kira 11:30 pagi tadi.
Dalam lawatannya, Seri Paduka menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa dan berpesan supaya terus bersabar dengan keadaan yang berlaku.
“Saya masih meninjau keadaan semasa ke semasa dan dalam pada itu, saya ingatkan supaya terus bersabar dan terima (musibah banjir) dengan keredhaan Allah.
“Jagalah kesihatan, jaga anak-anak semua,” titah baginda.
Al-Sultan Abdullah juga berharap supaya pihak kerajaan dapat menghulurkan bantuan sebaik mungkin kepada semua mangsa yang terlibat. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MALIM JAYA LOKASI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA MELAKA 2025
KESIDANG 9 Januari - Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 akan diadakan di Jalan Rahmat 4, Taman...
KERAJAAN MELAKA CAKNA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
AYER KEROH 9 Januari - Kemudahan infrastruktur dan fasiliti yang lengkap membantu kepada pemangkin dalam memperhebatkan sektor pendidikan di Melaka...
MENANGANI ‘KETEGANGAN MATA DIGITAL’
Oleh: Dr. Navpreet Sidhu Pakar Bedah Mata Putra Specialist Hospital Melaka PADA zaman kini, ketegangan mata digital atau lebih dikenali...
PEMANDU LORI PARAH, DUA CEDERA DALAM NAHAS DI KM 178.5
JASIN 9 Januari - Seorang parah, manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan dua buah lori dan sebuah kenderaan...
OPS KHAS GEMPUR TEKNIKAL: JPJ MELAKA AMBIL TINDAKAN 847 KENDERAAN, KELUAR 1,069 NOTIS
MELAKA, 9 Januari - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan ke atas 847 kenderaan dan mengeluarkan 1,069 notis atas pelbagai...
KAPAL TERBANG TENGAH BULATAN JADI TARIKAN BAHARU
DURIAN TUNGGAL 9 Januari - Replika kapal terbang yang menyerikan Bulatan Seri Bayan di hadapan Kawasan Industri Angkasa Nuri bakal...