Plaza Tol dan persimpangan Shah Alam terus ditutup
KUALA LUMPUR, 19 Dis – Plaza Tol dan persimpangan Shah Alam masih ditutup berikutan banjir kilat yang berlaku pada Sabtu.
Menurut PLUS Malaysia Bhd dalam satu kenyataan, setakat 7 pagi tadi, PLUS Malaysia Bhd telah menyelaraskan usaha untuk menyelamat dan memberi bantuan bersama-sama PDRM serta Jabatan Bomba dan Penyelamat yang berjaya mencapai lebih 226 mangsa sebelum menempatkan mereka di lokasi selamat di sepanjang lebuh raya termasuk di ibu pejabatnya dan di Persada PLUS.
Ketika ini, trafik masih dialihkan ke Persimpangan Subang dan Persimpangan Seafield.
PLUS akan terus memantau keadaan, kakitangannya juga sedang melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan yang terjejas. Orang ramai yang merancang untuk bergerak pergi dan keluar dari lokasi-lokasi ini dinasihatkan untuk menangguhkan rancangan mereka sehingga notis selanjutnya atau mencari laluan alternatif, katanya.
Pelanggan juga dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di laman web PLUS, www.plus.com.my dan media sosial termasuk Twitter PLUSTrafik, Facebook PLUS Malaysia serta Aplikasi PLUS.— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA TAWAR DIRI JADI TUAN RUMAH KEJOHANAN RALI ASIA PASIFIK
ASAHAN 21 Disember - Melaka sedia menjadi tuan rumah Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) pada tahun hadapan bersempena Hari Pelancongan...
MIHF’24: ANGKAT MARTABAT ‘FESYEN SANTUN’
AYER KEROH 21 Disember - Melaka International Halal Festival (MIHF) 2024 menjadi medan buat pereka fesyen melebarkan rekaan busana fesyen...
IKAN APA JUARA DI TASIK AYER KEROH ESOK?
AYER KEROH 21 Disember - Ratusan kaki pancing bakal berkampung di Tasik Ayer Keroh, di sini, bersempena Cabaran Joran Melaka...
BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIM AMAT BERMAKNA
BUKIT KATIL 21 Disember - "Tanpa bantuan persekolahan ini memang sukar dan buntu untuk kami kumpul wang membeli kelengkapan serta...
LEBIH BANYAK NASKHAH AGUNG DIPENTASKAN
AYER KEROH 21 Disember - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka menterjemahkan naskhah karya agung yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan,...
SEKTOR HALAL LONJAK NAMA MELAKA DI PENTAS GLOBAL
AYER KEROH 21 Disember - Melaka mahu untuk terus kukuh di pentas global sebagai sebuah Hab Halal Antarabangsa dengan sasaran...