Sorting by

×

ADUN Merlimau, Dr Akmal mahu hadiah pakej umrah

Masa Membaca:48 Saat

MERLIMAU 19 Nov – Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Salleh mahu menghadiahkan pakej umrah kepada individu asnaf selepas dilantik menjadi wakil rakyat.

Menerusi catatan Facebook rasminya, Dr Akmal berkata beliau mahu menunaikan hajatnya untuk memberi hadiah istimewa menggunakan gaji pertamanya sebagai wakil rakyat.

“Saya mencari seorang asnaf dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) Merlimau yang sihat tubuh badan dan tidak mampu menunaikan umrah disebabkan faktor kewangan tetapi ingin dan bersedia untuk membuat umrah pada bulan hadapan,” katanya.

Justeru, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau memohon orang ramai yang mengenali individu golongan asnaf yang mempunyai keriteria dimaksudkan supaya memaklumkan kepadanya.

“Jika sahabat sekalian mengenali individu yang saya maksudkan boleh PM (personal message) saya ataupun Whatsapp saya untuk saya tunaikan hajat saya untuk menghadiahkan pakej umrah dengan gaji pertama saya sebagai wakil rakyat.

“Mohon jasa baik sahabat semua untuk membantu saya mengenal pasti individu yang selayaknya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1081
Kongsi :
Previous post Banjir di Selangor luar jangka, kerajaan Persekutuan salur bantuan segera
Next post Banjir: KM arah bantuan mangsa disalurkan segera
Ubah saiz-+=