
Kemalangan Lebuhraya Elite: PM Ismail Sabri ucap takziah
KUALA LUMPUR, 18 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Lebuhraya ELITE, Shah Alam semalam.
Menerusi catatan di akaun Facebook hari ini beliau berkata perkhabaran itu diterima dengan rasa sedih dan pilu.
“Takziah kepada ahli keluarga mangsa dan saya doakan mereka tabah menghadapi kehilangan ini. Saya doakan agar roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh golongan beriman dan beramal soleh,” katanya.
Perdana Menteri turut mengajak Keluarga Malaysia bersama-sama sedekahkan al-Fatihah buat mangsa yang terkorban dan menyeru kepada pengguna jalan raya agar memandu dengan berhati-hati ketika menghadapi cuaca yang tidak menentu.
“Pandu dengan selamat, ingatlah orang yang tersayang dan ahli keluarga kita yang menunggu kepulangan kita,” katanya.
Dalam kejadian malam tadi 10 individu maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan sebuah treler di kawasan Rehat & Rawat USJ Lebuhraya ELITE menghala Shah Alam.
Mangsa yang meninggal dunia membabitkan sembilan orang sekeluarga iaitu ibu serta lapan anaknya dan seorang lelaki yang merupakan mekanik.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...