
Hujan lebat berterusan di Kelantan, Pahang sehingga esok
KUALA LUMPUR, 18 Dis – Hujan lebat berterusan diramal berlaku di Kelantan dan Pahang sehingga esok menyebabkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk atau jingga di dua negeri itu.
Menurut kenyataan jabatan itu hari ini, kawasan terlibat di Kelantan ialah Gua Musang manakala Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan di Pahang.
Dalam kenyataan sama, amaran hujan lebat berterusan tahap kuning dikeluarkan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka.
Hujan berterusan di Kedah itu melibatkan kawasan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, dan Bandar Baharu manakala di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Putih dan Kuala Krai.
Di Pahang kawasan terlibat adalah Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin manakala di Melaka melibatkan Alor Gajah.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...

